Selasa, 4 Mei 2010

Prestij

Baru-baru ini bising dengan isu pemain import dalam Liga M, dimana banyak pihak menekan FAM agar menimbang balik penggunaan pemain import dalam Liga tempatan. Bagi saya kemasukan pemain import amat wajar dikala kita mahu mempertingkatkan mutu bola sepak Malaysia. Namun, kemasukan pemain import bukan sahaja faktor untuk menaikan imej dan prestij liga Malaysia.

Bercerita mengenai prestij, umumnya mengetahui prestij liga Malaysia amatlah rendah. Ini dapat dilihat bila wakil Malaysia diperbudakkan oleh wakil serantau dalam AFC Cup. Memang mudah bagi saya mengkritik, tapi kritikan ini disandarkan pada asas dan bukti. Kegagalan dalam AFC Cup serta ranking Malaysia di 148 membuktikan prestij kita.

Bagi saya kritikan ini, mungkin langsung tidak membantu bola sepak Malaysia, tapi saya cuma menyeru kepada semua pihak agar menyedari betapa kroniknya liga Malaysia. Apa yang perlu bedah siasat serta pemulihan perlu dilakukan agar prestij liga M dan bola sepak kebangsaan meningkat di masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan