Rabu, 21 Januari 2009

Harimau Sakit Malaya 0 - U.A.E 5

Kita tidak GAGAL, itulah kata-kata sinis dari Sathia dalam Metro keluaran Selasa, 20 Januari 2009. Namun pada pandangan peribadi saya kita pula tidak pernah BERJAYA. Dua kenyataan yang hampir sama, namun memberi definasi yang berbeza.

Apa hendak dikatakan lagi, dibelasah dihadapan ribuan penonton di Kuala Lumpur. Bukan hanya 1, malah 5 gol dibolosi dalam perlawanan malam tadi. Saya tidak mahu mengulas mengenai level atau mutu, namun saya mahu bercerita mengenai REALITI bola sepak kebangsaan.

Dari satu babak ke satu babak, jelas bola sepak kebangsaan sungguh menjelik dan meloyakan. Setelah kegagalan demi kegagalan dicatat, dia apa manafaat atau teladan yang diambil. Hakikatnya, apa yang dilakukan badan induk FAM ibarat mencurah air didaun keladi. Dengan istilah yang lebih manis, bodoh sombong dengan ego mereka, yang sekali gus menghancurkan masa depan bola sepak Malaysia.

Dalam sidang media pula, Sathia menyelar M-League, dan menegaskan M-League not a football. Ada rasionalnya, ini kerana M-League gagal menarik minat peminat tempatan serta menghasilkan liga yang kompetatif. Salah siapa? Kenapa? Dan Mengapa? Jawapannya kerana sentuhan hebat orang-orang di dalam FAM. Saban tahun format berubah, saban masa peraturan dibuat, namun realitinya masih ditakuk sama. Malah apa yang dibuat ibarat tikus membaiki labu, semakin dibuat semakin merosot.

Apa yang memeningkan saya, dari zaman Dell Akhbar, PROF. Ibrahim Saad dan Kpt Azuddin, rata-rata muka sama menyarung jersey bola sepak Malaysia, dari kegagalan Piala Tiger 2002, Sukan SEA, AFF Cup 2004 dan 2006, aksi memalukan di Piala Asia 2007 dan Suziki Cup 2008. Jadi dengan rekod cemerlang sebegini haruskah mereka dikekalkan? Nampaknya FAM lebih memilih bulu dalam membentuk skuad Kebangsaan.

Cukup lah FAM, kami sudah bosan. Meluat, jelik.. apa nak jadi, jadi lah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan