Isnin, 22 Disember 2008

Jadual Skuad Kijang


Jadual saingan bola sepak Malaysia bakal berubah disebabkan penarikan diri Skuad Brunei. Harap Maklum!



Sumber: Redkijang.com

Sabtu, 20 Disember 2008

Kelantan Juara Piala Emas Raja-raja 2008

KELANTAN 4 - PENANG 0
Kel: Khairul Zal Azmi, Badri, Abdul Latif Jusoh (2)

Kelantan sekali lagi nobatkan sebagai Juara Piala Emas Raja-raja buat kali ke12, dengan kemenangan 4-0, hasil jaringan Khairul Zal Azmi, Badri Radzi, Abdul Latif Jusoh. Kemenangan ini menobatkan Kelantan pasukan elit dalam saingan ini.

Apapun SYABAS BUAT KELANTAN.

Ayuh! Sang Kijang Berlari Kencang!

Rabu, 17 Disember 2008

Masih Sathia! Apa Dah Jadi Dengan Janji FAM?

Rentetan kegagalan demi kegagalan di peringkat antarabangsa, rakyat Malaysia jelas sudah jelak dan muak dengan situasi begini yang tiada kunjung padam. Malah padangan mereka kini lebih berpaksi kepada liga antara bangsa. Apa tidaknya, dalam tempoh 20 tahun Malaysia gagal merangkul sebarang kejohanan besar atau sekurang-kurang melayakkan diri ke peringkat lebih jauh dlm kejohanan antarabangsa (melainkan atas tiket tuan rumah).

Setiap kali kejohanan berlangsung, skrip sama pasti berulang. Malah jika digunakan istilah kini, ibarat 'copy dan paste' keadaan pada mana-mana kejohanan. Jika diimbas kembali, tempoh 20 tahun adalah masa yang lama, sekiranya dikira mengikut usia manusia, mereka yang berusia 20 tahun sudahpun mampu melangkah ke menara gading, atau sekiranya sudah berkahwin tentunya mereka sudah memiliki cahaya mata sendiri. Persoalannya kini, apakah FAM belajar dengan apa yang berlaku 2o tahun ini? Mengapa skrip sama masih berulang hinggakan perkara sama masih membelenggu pasukan kebangsaan? Apakah FAM masih belum matang sepenuhnya?

Pada Kejohan AFF Suzuki CUP 2008, skrip sama berulang. Apa yang memeningkan saya adalah, janji FAM yang akan mengkaji kedudukan jurulatih Malaysia, B.Sathianathan berdasarkan persembahan di AFF CUP. Dan nyata, berdasarkan persembahan, ianya jauh sekali kita mencapai objektif yang sasarkan. Jika dicongak dengan sifir mudah, seluruh rakyat Malaysia yang kecil mahu pun yang besar, tahu dengan kedudukan Sathia. Malah Sathia juga bersikap profesional akur dengan situasi ini. Namun, tiba-tiba saja, keputusan FAM mengekalkan Sathia. Ianya langsung tidak konsisten, walaupun kontrak bersyarat.

Secara jujur, saya mengagumi sikap profesional Sathia, sepanjang mengendali pasukan kebangsaan, di dalam atau di luar padang. Cuma sikap FAM yang tidak konsisten ini yang menghairankan saya.

Apapun, Wish all da best to Sathia!!

Selasa, 16 Disember 2008

Debara Piala Emas Raja-raja 2008 ke Kemuncak

Kelantan selangkah lagi ke perlawan akhir Piala Emas Raja-raja 2008, berbekalkan reputasi gah dalam kejohanan bola sepak antara yang tertua di Malaysia ini, Kelantan dilihat bakal menjadi pasukan pilihan untuk menjulang piala buat kali ke-12. Berbekalkan azimat di tempat sendiri bakal menjanjikan satu semangat yang jitu dikalangan pemain, apatah lagi luka kalah di final tahun lalu. Kelantan bakal dibarisi beberapa nama yang pernah membarisi skuad liga perdana, spt Khairul Zal Azmi, Badri Mohd Radzi dan pemain berpengalaman seperti Zainudin Arrifin.

Doakan Kejayaan Mereka!! Ayuh kita sokong mereka...

PERLAWANAN AKHIR PIALA EMAS RAJA-RAJA 2008
KELANTAN VS PENANG
20-DEC-08
STADIUM MOHD KE-IV
8.45 MLM

Ayuh! Sang Kijang Berlari Kencang!

Gagal di Suzuki Cup: FAM! Perubahan Positif atau sekadar Perubahan Kosmetik

Sekali lagi luka terpalit di hati rakyat Malaysia, bila mana skuad yang digelar Harimau Malaya tumbang di Phuket baru-baru ini. Amat menyedihkan kerana Malaysia gagal layak ke pusingan seterusnya. Berbanding dengan edisi-edisi sebelum ini, Malaysia mampu melepasi halangan kumpulan. Pada 2006 dibawah kendalian Norizan Bakar, Malaysia tersekat kepada Singapura dlm penentuan penalti yang gagal disempurnakan oleh Khyrill Muhymin. Pada 2004 dan 2002, gagal di tangan Indonesia.

Jika diimbas kembali, F.A.M telah merombak kepimpinannya setelah kegagalan yang cukup memalukan pada Piala Asia 2007, namun ia bagaikan perubahan kosmetik. Rata-rata isu-isu lama masih berbangkit dengan isu rasuh, tunggakan KWSP, tunggakan gaji. Isu-isu ini bagai tidak kunjung sudah, malah ianya terbawa-bawa oleh aksi skuad Kebangsaan.

Jelas, Malaysia perlu seorang yang mempunyai sentuhan ajaib dalam F.A.M...


ADAKAH HARIMAU DI HILANG TARING NYA..

Kejohan Empat Penjuru - PBNST

Kelantan mencatatkan hanya satu menang dan dua kali tewas dalam pertandingan Empat Penjuru anjuran PBSNT di Kuala Terengganu. Kemenangan di catat ke atas Naib Juara Liga Perdana 2008, KL Plus 3-1, manakala tewas tepis ke atas N9 dan tuan rumah Terengganu dengan keputusan yang sama 1-2.

Kejohanan Empat Penjuru, merupakan trend pasukan di Liga Malaysia mencuba keserasian pemain sebelum menghadapi saingan liga yang akan datang. Optimisnya berdasarkan keputusan, jelas menunjukkan Kelantan boleh dikatakan mempunyai keupayaan yang tidak jauh bezanya berbanding skuad yang sedia ada dalam Liga Super.

Apa pun, ayuh sokong Liga Malaysia.

Ayuh Sang Kijang Berlari Kencang!