Selasa, 16 Disember 2008

Kejohan Empat Penjuru - PBNST

Kelantan mencatatkan hanya satu menang dan dua kali tewas dalam pertandingan Empat Penjuru anjuran PBSNT di Kuala Terengganu. Kemenangan di catat ke atas Naib Juara Liga Perdana 2008, KL Plus 3-1, manakala tewas tepis ke atas N9 dan tuan rumah Terengganu dengan keputusan yang sama 1-2.

Kejohanan Empat Penjuru, merupakan trend pasukan di Liga Malaysia mencuba keserasian pemain sebelum menghadapi saingan liga yang akan datang. Optimisnya berdasarkan keputusan, jelas menunjukkan Kelantan boleh dikatakan mempunyai keupayaan yang tidak jauh bezanya berbanding skuad yang sedia ada dalam Liga Super.

Apa pun, ayuh sokong Liga Malaysia.

Ayuh Sang Kijang Berlari Kencang!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan