Rabu, 17 Disember 2008

Masih Sathia! Apa Dah Jadi Dengan Janji FAM?

Rentetan kegagalan demi kegagalan di peringkat antarabangsa, rakyat Malaysia jelas sudah jelak dan muak dengan situasi begini yang tiada kunjung padam. Malah padangan mereka kini lebih berpaksi kepada liga antara bangsa. Apa tidaknya, dalam tempoh 20 tahun Malaysia gagal merangkul sebarang kejohanan besar atau sekurang-kurang melayakkan diri ke peringkat lebih jauh dlm kejohanan antarabangsa (melainkan atas tiket tuan rumah).

Setiap kali kejohanan berlangsung, skrip sama pasti berulang. Malah jika digunakan istilah kini, ibarat 'copy dan paste' keadaan pada mana-mana kejohanan. Jika diimbas kembali, tempoh 20 tahun adalah masa yang lama, sekiranya dikira mengikut usia manusia, mereka yang berusia 20 tahun sudahpun mampu melangkah ke menara gading, atau sekiranya sudah berkahwin tentunya mereka sudah memiliki cahaya mata sendiri. Persoalannya kini, apakah FAM belajar dengan apa yang berlaku 2o tahun ini? Mengapa skrip sama masih berulang hinggakan perkara sama masih membelenggu pasukan kebangsaan? Apakah FAM masih belum matang sepenuhnya?

Pada Kejohan AFF Suzuki CUP 2008, skrip sama berulang. Apa yang memeningkan saya adalah, janji FAM yang akan mengkaji kedudukan jurulatih Malaysia, B.Sathianathan berdasarkan persembahan di AFF CUP. Dan nyata, berdasarkan persembahan, ianya jauh sekali kita mencapai objektif yang sasarkan. Jika dicongak dengan sifir mudah, seluruh rakyat Malaysia yang kecil mahu pun yang besar, tahu dengan kedudukan Sathia. Malah Sathia juga bersikap profesional akur dengan situasi ini. Namun, tiba-tiba saja, keputusan FAM mengekalkan Sathia. Ianya langsung tidak konsisten, walaupun kontrak bersyarat.

Secara jujur, saya mengagumi sikap profesional Sathia, sepanjang mengendali pasukan kebangsaan, di dalam atau di luar padang. Cuma sikap FAM yang tidak konsisten ini yang menghairankan saya.

Apapun, Wish all da best to Sathia!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan