Selasa, 16 Disember 2008

Gagal di Suzuki Cup: FAM! Perubahan Positif atau sekadar Perubahan Kosmetik

Sekali lagi luka terpalit di hati rakyat Malaysia, bila mana skuad yang digelar Harimau Malaya tumbang di Phuket baru-baru ini. Amat menyedihkan kerana Malaysia gagal layak ke pusingan seterusnya. Berbanding dengan edisi-edisi sebelum ini, Malaysia mampu melepasi halangan kumpulan. Pada 2006 dibawah kendalian Norizan Bakar, Malaysia tersekat kepada Singapura dlm penentuan penalti yang gagal disempurnakan oleh Khyrill Muhymin. Pada 2004 dan 2002, gagal di tangan Indonesia.

Jika diimbas kembali, F.A.M telah merombak kepimpinannya setelah kegagalan yang cukup memalukan pada Piala Asia 2007, namun ia bagaikan perubahan kosmetik. Rata-rata isu-isu lama masih berbangkit dengan isu rasuh, tunggakan KWSP, tunggakan gaji. Isu-isu ini bagai tidak kunjung sudah, malah ianya terbawa-bawa oleh aksi skuad Kebangsaan.

Jelas, Malaysia perlu seorang yang mempunyai sentuhan ajaib dalam F.A.M...


ADAKAH HARIMAU DI HILANG TARING NYA..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan