Selasa, 20 April 2010

Aku dan Bola Sepak....

Bola sepak merupakan sukan no satu di dunia, ada fakta yang mengatakan negara yang menganggotai kesatuan induk bola sepak dunia lebih banyak dari ke anggotaan PBB. Ini adalah bukti bola sepak merupakan sukan yang cukup diminati di dunia.

Bercerita mengenai bola sepak, jika diimbas zaman kecil aku, aku boleh dikatakan mempunyai fizikal yang kecil dan sering kali dipinggirkan oleh kawan-kawan dalam sukan ini, namun aku sering bermain sendiri dirumah, menyepak, menendang dan mengelecek. Namun, fizikal aku membantut aku dalam sukan ini. Apa menarik, di zaman kecilku aku sering melihat siri anime "KICKERS" membuatkan aku semakin minat, namun seperti yang aku ceritakan fizikalku adalah penghalang utama aku...

Naik ke zaman sekolah menengah, aku melupakan semua sukan, dan cuma menumpukan pada pelajaran. Dan aku kembali bermain sesudah aku bermain setelah aku ditawarkan ke sebuah sekolah asrama penuh. Itu pun, aku sering terpinggir dalam sukan ini.

Aku cuma bermain selepas aku SPM bersama budak kampungku dan ketika di IPT, namun setelah bekerja aku jarang sekali menendang bola, dan kini aku kembali menendang bola... Apapun.. aku sedar aku memang tidak berBAKAT dalam sukan ini....

2 ulasan:

  1. salam kunjungan balas musang nakal..

    kecik bkn pnghlang untuk bermain bola.. che hishamuddin pn kecik blh jadi pemain kelantan malah ore lama yg masih kekal dlm skuad the red warriors..

    xberbakat xpo, asal minat2 ado dgn bola..lo ni ore tino pn suko bola..huhuhu

    kawe tubuh besar main juga bola, caro ko ore nk kato gapo, mugo kito minat bola..ko guano boh...

    gomo kelate gomo

    BalasPadam
  2. salam juga.. demo gak.. che hishamudin tu taraf nasional.. kawe ni taraf estet... xleh nak banding..

    BalasPadam