Selasa, 4 Mei 2010

Super League 04 May 2010
KELANTAN (2) vs PAHANG (1)
Norshahrul (1), Hairudin (1)
Std Mohd ke 4

***

Kekalahan Terengganu kepada Kedah membuka pintu skuad kijang mendaki anak tangga ke-2 di belakang Selangor dan kembali menekan Selangor. Kini dilihat Kelantan lebih focus dalam perlumbaan merebut Liga Super. Moga rentak kemenangan ini berterusan.
Ayuh Sang Kijang...

Kijang atau Gajah

Derby pantai timur yang bakal menyaksikan Sang Kijang menerima kunjungan Tok Gajah di stadium Sultan Mohd ke 4. Debaran pasti dirasakan oleh semua peminat liga M, persoalannya adakan Sang Kijang bakal mengekal rentak konsistensi mereka, dan apakah pula Tok Gajah bakal mengamuk di Kota Bharu.

Tunggu dan Lihat, Stdm Mohd ke 4, 8.30 mlm

Prestij

Baru-baru ini bising dengan isu pemain import dalam Liga M, dimana banyak pihak menekan FAM agar menimbang balik penggunaan pemain import dalam Liga tempatan. Bagi saya kemasukan pemain import amat wajar dikala kita mahu mempertingkatkan mutu bola sepak Malaysia. Namun, kemasukan pemain import bukan sahaja faktor untuk menaikan imej dan prestij liga Malaysia.

Bercerita mengenai prestij, umumnya mengetahui prestij liga Malaysia amatlah rendah. Ini dapat dilihat bila wakil Malaysia diperbudakkan oleh wakil serantau dalam AFC Cup. Memang mudah bagi saya mengkritik, tapi kritikan ini disandarkan pada asas dan bukti. Kegagalan dalam AFC Cup serta ranking Malaysia di 148 membuktikan prestij kita.

Bagi saya kritikan ini, mungkin langsung tidak membantu bola sepak Malaysia, tapi saya cuma menyeru kepada semua pihak agar menyedari betapa kroniknya liga Malaysia. Apa yang perlu bedah siasat serta pemulihan perlu dilakukan agar prestij liga M dan bola sepak kebangsaan meningkat di masa akan datang.

Ahad, 25 April 2010

Super League 21 Apr 2010
KL Plus (0) vs Kelantan (3)
Kel: Idlan Talaha (2), Hairudin (1)
Std MBPJ, 8.45
Live RTM

***

Syabas dan tahniah bagi skuad red warrior stlh menunjukkan konsistensi dalam tiga perlawanan. Kemenangan 3 perlawanan terturut, disamping 9 gol yang dihasilkan bukti kesungguhan skuad kijang dalam merampas kejuaraan Liga Super buat julung kalinye..

Ayuh Kijang!!! Teruskan Rentak Berlarimu.


Khamis, 22 April 2010

Aku dan Captain Tsubasa


Captain Tsubasa merupakan sebuah komik jepun (manga) yang boleh saya anggapkan sebagai Masterpiece atau Mahakarya. Captain Tsubasa dicipta oleh Yoichi Takahashi pada tahun 1981 (seusia dengan saya). Karya ini banyak memberi impaks kepada bola sepak Jepun mahupun Dunia.

Menceritakan tentang cita-cita seorang kanak-kanak bernama Tsubasa untuk bermain dipentas dunia memberi satu galakan kepada anak-anak Jepun, yang mana suatu hari mereka bakal bermain di pentas dunia.

Karya ini merupakan, antara komik yang pertama saya beli dan ianya memberi inspirasi kepada saya. Meskipun dibangku sekolah saya tidak diberi peluang untuk bermain bola, namun karektor dan plot membangkitkan rasa keinginan untuk bermain bola.

Berbalik kepada karya agung ini, ianya memberi impak dan fenomena kepada dunia bola sepak antaranya:

JFA (Japanese Football Association) membantu dalam pembikinan filem ini. Captain Tsubasa telah memberi inspirasi yang hebat kepada Hidetoshi Nakata, Seigo Narazaki, Zidane, Totti, Torres dan Del Piero.

Artikel ini menunjukan bahawa idola dapat memberikan inspirasi kepada seseorang atlet itu untuk menjadi seorang yang berjaya di masa hapadan.

MASA DEPAN YANG CEMERLANG, HASIL DARI MEREKA YANG MENGHARGAI SEBUAH IMPIAN...

Kafe Sukan...

Selain cybercafe, Kafe Sukan tidak menyediakan makan atau minuman untuk diorder, namun apa yang menarik adalah santapan2 mengenai dunia sukan di Malaysia, menceritakan mengenai suka duka sukan di Malaysia.

Baru-baru ini, saya telah menyertai ruangan Kafe Sukan di laman sosial FaceBook. Banyak komen-komen pendapat yang dilontarkan, samada secara rasional dan ada juga yang emosional. Bila saya membaca komen-komen, ternyata kadang-kadang kita (semua pihak termasuk saya) terlampau banyak bercakap dari mengambil inasiatif bagi pembangunan sukan.

Bagi saya, hanya bercakap tidak mampu mengubah segala permasalahan melainkan inisiatif yang diambil bagi memartabatkan dunia sukan Malaysia ke persada antara bangsa..

SELANGKAH MELANGKAH BERERTI KITA SUDAH MENGHAMPIRI KEJAYAAN,
JIKA HANYA BERDIRI MASAKAN KEJAYAAN AKAN HAMPIR...

Selasa, 20 April 2010

Aku dan Bola Sepak....

Bola sepak merupakan sukan no satu di dunia, ada fakta yang mengatakan negara yang menganggotai kesatuan induk bola sepak dunia lebih banyak dari ke anggotaan PBB. Ini adalah bukti bola sepak merupakan sukan yang cukup diminati di dunia.

Bercerita mengenai bola sepak, jika diimbas zaman kecil aku, aku boleh dikatakan mempunyai fizikal yang kecil dan sering kali dipinggirkan oleh kawan-kawan dalam sukan ini, namun aku sering bermain sendiri dirumah, menyepak, menendang dan mengelecek. Namun, fizikal aku membantut aku dalam sukan ini. Apa menarik, di zaman kecilku aku sering melihat siri anime "KICKERS" membuatkan aku semakin minat, namun seperti yang aku ceritakan fizikalku adalah penghalang utama aku...

Naik ke zaman sekolah menengah, aku melupakan semua sukan, dan cuma menumpukan pada pelajaran. Dan aku kembali bermain sesudah aku bermain setelah aku ditawarkan ke sebuah sekolah asrama penuh. Itu pun, aku sering terpinggir dalam sukan ini.

Aku cuma bermain selepas aku SPM bersama budak kampungku dan ketika di IPT, namun setelah bekerja aku jarang sekali menendang bola, dan kini aku kembali menendang bola... Apapun.. aku sedar aku memang tidak berBAKAT dalam sukan ini....
Super League 21 Apr 2010
Kelantan (3) vs Kuala Lumpur (0)
Kel: Idlan Talaha (2), Piya (1)
Std Mohd ke IV, 8.45
Live Astro ARENA
***
Tidak banyak mahu saya ulaskan, perlawanan semalam mempamerkan aksi terpuji skuad Kelantan, dan saya kira keseluruhan skuad Kijang bermain dengan baik. Kredit dan pujian perlu diberikan skuad ini terutama kepada NorShahrul yang menjaringkan 2 gol yang cukup menarik. Kredit juga untuk pengendali, pengurusan serta penyokong. Dan terima kasih kepada Astro ARENA yang menyiarkan perlawanan ini secara langsung

Terkenang Suatu Ketika Dahulu....

Kenangan bersama www.kelate.net amat menarik untuk dikongsikan. Ianya ketika aku berada di menara gading, ketika melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda di Shah Alam. Di sana timbul satu komuniti yang agak kecil dari kalangan pengguna internet yang berasal dari Kelantan melayari web ini. Pada asalnya saya mgunakan nama pena 'Arsenewengercelup' dan ditukar kepada Musang Nakal sehingga hari ini.

Umumnya mengetahui, www.kelate.net di asaskan oleh saudara Azhar ianya menceritakan perjalanan bola sepak Kelantan yang cukup memeritkan ketika itu. Namun, kami sama-sama seronok melayari web ini, dengan satu tujuan menyokong jatuh bangun bola sepak Kelantan. Antara sahabat seperti Abejoe, Emeet, Orekb, Kelate2346, Poknik, Jilly, Habib dan lain2.

Perkara paling memeritkan bagi kami adalah bila mana Kelantan tersingkir ke Liga FAM, satu2 nya negeri yang terpaksa turun takhta ke liga ini. Ketika itu, media kurang memberi highlight kepada Kelantan, berbanding pasukan yang bermain di Liga M. Ketika itu, tampuk kepimpinan berubah dari Dato' Wan Hashim kepada Saudara Jazlan, menyaksikan Kijang bangkit kembalik ke Liga M.

Bagaikan satu rahmat, web ini mendapat lonjakan selepas Kelantan mengucup Piala FAM. Hal ini, memberi publisiti dan web www.kelate.net menjadi nadi dan lidah rasmi skuad Kelantan selepas ini.

Selepas itu, terdapat beberapa cerita yang cukup menarik... Namun, bila saya membuka web www.kelate.net ianya menimbulkan satu nostalgia yang sukar diungkapkan..

Cerita menarik itu bakal diulas sedikit masa nanti...

Ahad, 18 April 2010

Langkah Kanan..

dengan Lafaz Bismillahirahmanirahim..

Sudah sekian lama.. saya tidak meng'update' blog ni. Mungkin kesibukan tugasan kerja menyebabkan saya tidak berkesempatan. Namun, saya seringkali mengikuti perkembangan bola sepak tempatan mahupun luar negera cuma sekadar pemerhati.

Apa yang hendak dikongsikan, adalah kemenangan Kelantan ke atas juara Piala FA, setelah mengharungi rehat yang memenatkan Kelantan berjaya mencatat keputusan yang cukup memberangsangkan, Pastinya moral skuad dalam ke adaan terbaek, malah berjaya meraih kembali sokongan skuad yang kian pudar sejak kebelakangan ini.

Tahniah untuk semua...

Wassalam.

Selasa, 3 November 2009

Jumaat, 16 Oktober 2009

QF Piala M'sia: Kelantan Layak

Sudah lama saya tak update blog ini. Cuma mahu mengucap tahniah pada skuad kijang kerana layak ke peringkat suku akhir P. Malaysia.

Rabu, 21 Januari 2009

Harimau Sakit Malaya 0 - U.A.E 5

Kita tidak GAGAL, itulah kata-kata sinis dari Sathia dalam Metro keluaran Selasa, 20 Januari 2009. Namun pada pandangan peribadi saya kita pula tidak pernah BERJAYA. Dua kenyataan yang hampir sama, namun memberi definasi yang berbeza.

Apa hendak dikatakan lagi, dibelasah dihadapan ribuan penonton di Kuala Lumpur. Bukan hanya 1, malah 5 gol dibolosi dalam perlawanan malam tadi. Saya tidak mahu mengulas mengenai level atau mutu, namun saya mahu bercerita mengenai REALITI bola sepak kebangsaan.

Dari satu babak ke satu babak, jelas bola sepak kebangsaan sungguh menjelik dan meloyakan. Setelah kegagalan demi kegagalan dicatat, dia apa manafaat atau teladan yang diambil. Hakikatnya, apa yang dilakukan badan induk FAM ibarat mencurah air didaun keladi. Dengan istilah yang lebih manis, bodoh sombong dengan ego mereka, yang sekali gus menghancurkan masa depan bola sepak Malaysia.

Dalam sidang media pula, Sathia menyelar M-League, dan menegaskan M-League not a football. Ada rasionalnya, ini kerana M-League gagal menarik minat peminat tempatan serta menghasilkan liga yang kompetatif. Salah siapa? Kenapa? Dan Mengapa? Jawapannya kerana sentuhan hebat orang-orang di dalam FAM. Saban tahun format berubah, saban masa peraturan dibuat, namun realitinya masih ditakuk sama. Malah apa yang dibuat ibarat tikus membaiki labu, semakin dibuat semakin merosot.

Apa yang memeningkan saya, dari zaman Dell Akhbar, PROF. Ibrahim Saad dan Kpt Azuddin, rata-rata muka sama menyarung jersey bola sepak Malaysia, dari kegagalan Piala Tiger 2002, Sukan SEA, AFF Cup 2004 dan 2006, aksi memalukan di Piala Asia 2007 dan Suziki Cup 2008. Jadi dengan rekod cemerlang sebegini haruskah mereka dikekalkan? Nampaknya FAM lebih memilih bulu dalam membentuk skuad Kebangsaan.

Cukup lah FAM, kami sudah bosan. Meluat, jelik.. apa nak jadi, jadi lah..

Selasa, 13 Januari 2009

M-League 13-1-2009:
Kelantan (4) vs PDRM (2)
Stadium Mohd ke IV
8.45 mlm

Rabu, 7 Januari 2009

Wajarkah Kemenangan Percuma di beri?

Ada ura-ura pihak stdium gagal menyediakan garisan putih di padang pada hari yang ditetapkan, meskipun hal ini telah diberitahu oleh KAFA kepada pengurusan Stadium Sultan Mohd Ke-IV seminggu lebih awal. Jadi sekiranya perkara ini benar, sememangnya ianya satu perkara yang amat memalukan. Dalam pertandingan bola sepak berprestij kebangsaan hal ini tidak wajar berlaku, bukan seperti pengajuran liga kampung.



KAFA tidak wajar dipersalahkan secara total, namun KAFA juga perlu bertanggungjawab kerana KAFA badan induk bola sepak Kelantan. Kerana kesilapan ini juga pasukan Kelantan menjadi mangsa dan menimbulkan kemarahan kepada peminat-peminat KAFA.



Saya rasa FAM wajar mengambil tindakan atas tindakan tidak profesional ini. Namun, saya memang tidak menwajarkan keputusan FAM memberi kemenangan percuma 3-0 kepada Plus. Cuma mungkin tindakan seperti mendenda KAFA atau tindakan2 lain. Perlu ada pertimbangan wajar dari menyebabkan penyokong2 jengkel dengan sifat 'angkuh' FAM.

FAM dah pening dah nir...

TM Liga Super 2009 - Kelantan vs PLUS FC - Press Release

Kelana Jaya, 7 Januari 2009 : PERLAWANAN LIGA SUPER BIL 3 DIANTARA PASUKAN KELANTAN MELAWAN KUALA LUMPUR PLUS PADA 3 JANUARI 2009 DI STADIUM SULTAN MAHMUD KE – IV, KOTA BAHRU KELANTAN
KENYATAAN AKHBAR
Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Sesi 2007-2010 (JKPT) yang telah bersidang pada 7 Januari 2009 dan diantara lain-lain perkara yang telah dibincangkan adalah berhubung dengan perlawanan Liga Super diantara pasukan Kelantan dengan pasukan Kuala Lumpur PLUS yang sepatutnya diadakan pada 3 Januari yang lalu di Stadium Sultan Mahmud ke – IV di Kota Bahru, Kelantan.
Setelah meneliti dan berbincang dengan teliti, berasaskan sebab-sebab teknikal, maka Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) telah membuat keputusan berikut:
• Pasukan Kelantan dikira kalah dengan jaringan 0-3.• Pasukan Kuala Lumpur PLUS FC dengan ini diisytiharkan menang dengan jaringan 3-0 dan mendapat 3 mata.
Di keluarkan oleh Jabatan Media FAM

Selasa, 6 Januari 2009

M-League: Kelantan vs MyTeam

M-League 6-1-2006:
Kelantan (4) vs MyTeam (2)
MPPJ Stadium
8.45 mlm
Bravo.... Ayuh Kelantan Mara lagi...

Khamis, 1 Januari 2009

Tirai Liga Malaysia Bakal Bermula

Sabtu ini tirai liga Malaysia bakal bermula, menyaksikan keghairahan pasukan2 negeri dan kelab merebut kejuaraan liga Super mahupun liga Perdana. Namun, keghairahan ini bakal terencat dek ketiadaan pemain import setelah diharamkan oleh FAM, meskipun ada pro dan kon namun jelas ianya bakal menjejaskan sedikit sebanyak keghairahan liga Malaysia.

Namun, pastinya peminat tempatan bakal menunggu tirai Piala Sumbangsih antara Kedah dan Selangor, serta beberapa perlawanan yang bakal berlangsung Sabtu ni.

Ayuh... Hangatkan Saingan Liga Malaysia

JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER 2009

PASUKAN: Kelantan, Kedah, Selangor, N.Sembilan, Johor FC, Perlis, Terengganu Perak UPB-My Team, PDRM, Kedah KM Naza, KL Plus, Pahang Pulau Pinang dan Perak.

BIL TARIKH HARI PERLAWANAN VENUE PUSINGAN PERTAMA
1 3.1.2009 Sabtu Kelantan lwn KL Plus FC Stad Sultan Mohd Ke-IV, KB
2 6.1.2009 Selasa Perak My Team lwn Kelantan Stad MBPJ, Kelana Jaya
3 10.1.2009 Sabtu Kelantan lwn Kedah NAZA Stad Sultan Mohd Ke-IV, KB
4 13.1.2009 Selasa PDRM lwn Kelantan Stad MP Selayang, Selangor
FA-1 3.2.2009 Selasa Kelantan lwn Johor Stad Sultan Mohd Ke-IV, KB
FA-1 7.2.2009 Sabtu Johor lwn Kelantan Stad Tan Sri Hasan Yunus, JB
5 10.2.2009 Selasa Perak lwn Kelantan Stad Perak, Ipoh
6 14.2.2009 Sabtu Kelantan lwn Terengganu Stad Sultan Mohd Ke-IV, KB
7 17.2.2009 Selasa Pahang lwn Kelantan Stad Darul Makmur, Kuantan FA-2 21.2.2009 Sabtu Pemenang Kel/Johor lwn Pemenang PDRM/KL Felda FC FA-2 24.2.2009 Selasa Pemenang PDRM/KL Felda FC lwn Pemenang Kel/Johor
8 21.3.2009 Sabtu Kelantan lwn Pulau Pinang Stad Sultan Mohd Ke-IV, KB
9 4.4.2009 Sabtu Kedah lwn kelantan Stad Darul Aman, Alor Star
10 11.4.2009 Sabtu Kelantan lwn Selangor Stad Sultan Mohd Ke-IV, KB
11 2.5.2009 Sabtu N/Sembilan lwn Kelantan Stad Tg Abd Rahman, Paroi
12 5.5.2009 Selasa Kelantan lwn Johor FC Stad Sultan Mohd Ke-IV, KB
13 16.5.2009 Sabtu Perlis lwn Kelantan Stad Utama, Kangar

PUSINGAN KEDUA 14 19.5.2009 Selasa Kelantan lwn Perlis Stad Sultan Mohd Ke-IV, KB
15 23.5.2009 Sabtu KL Plus FC lwn Kelantan Stad PBKL, Cheras
16 16.6.2009 Selasa Kelantan lwn Perak My Team Stad Sultan Mohd Ke-IV, KB
17 20.6.2009 Sabtu Kedah NAZA FC lwn Kelantan Stad Darul Aman, Alor Star
18 23.6.2009 Selasa Kelantan lwn PDRM Stad Sultan Mohd Ke-IV, KB
19 27.6.2009 Sabtu Kelantan lwn Perak Stad Sultan Mohd Ke-IV, KB
20 30.6.2009 Selasa Terengganu lwn Kelantan Stad Sultan Mizan ZA, K/Tgr
21 4.7.2009 Sabtu Kelantan lwn Pahang Stad Sultan Mohd Ke-IV, KB
22 7.7.2009 Selasa P.Pinang lwn Kelantan Stad Bandaraya, P.Pinang
23 11.7.2009 Sabtu Kelantan lwn Kedah Stad Sultan Mohd Ke-IV, KB
24 18.7.2009 Sabtu Selangor lwn Kelantan Stad Shah Alam, Selangor
25 21.7.2009 Selasa Kelantan lwn N/Sembilan Stad Sultan Mohd Ke-IV, KB 2
6 25.7.2009 Sabtu Johor FC lwn N/Sembilan Stad JCORP, Psr Gudang

Sumber: Redkijang.com

Isnin, 22 Disember 2008

Jadual Skuad Kijang


Jadual saingan bola sepak Malaysia bakal berubah disebabkan penarikan diri Skuad Brunei. Harap Maklum!



Sumber: Redkijang.com